Keselamatan Penggunaan Internet kerjasama PDRM dan SKSL

19 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

18 Februari 2020 - Taklimat ini memberi penekanan mengenai jenayah siber yang tanpa disedari semakin berluasa dalam kalangan masyarakat. Taklimat diadakan bersempena Program Minggu Pusat Sumber Sekolah SKSL hasil kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Taklimat ini telah disampaikan oleh Lans Koperal Nurul Asnida binti Md Zaid, Pegawai Polis dari Balai Polis Sungai Lui.

Antara intipati taklimat ini ialah :

 Jangan angkat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.

 Jangan dedahkan sebarang maklumat mengenai sebarang butiran peribadi seperti no Kad Pengenalan, No Akaun Bank dan sebagainya.

 Sila laporkan kepada pihak berkuasa jika anda menerima sebarang panggilan telefon yang mencurigakan.
Taklimat berlansung di Sekolah Kebangsaan Sungai Lui selama satu jam bermula dari 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi. Taklimat ini dihadiri seramai 105 orang pelajar. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan sikap berhati-hati apabila menggunakan rangkaian talian telefon mahupun internet untuk mengelakkan menjadi mangsa jenayah penipuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali